Penaja

Get cash from your website. Sign up as affiliate

Monday 5 March 2012

Les Copaque Melancarkan Aplikasi Permainan iOS Baru – Pocket Upin



Hebatlah, siap dijual dekat AppleApliStore tu..

Mungkin ramai masih mengingati permainan Pocket Ipin yang diperkenalkan oleh Les Copaque pada 2 tahun lepas.  Les Copaque telah pun memperkenalkan permainan dan aplikasi iOS terbaru mereka, bersempena dengan kembar kepada watak Ipin, iaitu Pocket Upin.
Melalui aplikasi Pocket Upin, ia turut sama membawakan fungsi permainan yang serupa seperti Pocket Ipin, dimana membolehkan para pengguna untuk menyentuh, dan membuat watak Upin bergelak-tawa. Disamping itu, Pocket Upin turut menyertakan beberapa penambahan, dimana salah satunya adalah permainan baru, membolehkan anda bermain hobi Upin yang baru, iaitu sukan bola sepak. Dalam aplikasi Pocket Upin, para pengguna boleh bermain beberapa permainan tambahan seperti mengawal dan menimbang bola, dan mendapatkan markah yang tinggi melaluinya.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi yang dibawakan oleh Les Copaque ini pada harga $0.99 daripada Apple AppStore untuk iPod Touch, iPad dan juga iPhone anda.

Sumber : Amanz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca Pos Bloger Lain

Cerita Menarik