+Apa yang KITA tidak tahu mengenai seorang A.Y.A.H....
Mungkin ibu lebih kerap menelefon
untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita,
sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah
kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih
ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat
kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Sudah diberitahu! jangan
minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau???
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan
tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin
menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat
berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan
peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah
yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah
hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu
berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika
jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari
ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah
melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun
tersenyum bahagia..
Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan,
tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg
manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan
menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk
menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk
menjaga kita..
p/s: Siapapun dan bagaimanapun ayah
kita....sayangi mereka kerana merekalah ayah yang terbaik yang Allah
kurniakan kepada kita. Al-Fatihah untuk ayah-ayah yang masih hidup atau
yang telah menemui Pencipta; Alllah Yang Maha Pencinta ♥
Sayang Ayah silalah share :)
No comments:
Post a Comment